Kata Aluan

SELAMAT DATANG KE BLOG SK KEMUNING


Khamis, Mei 31

Aktiviti BRIGET BESTARI-2012

Aktiviti pertama Briget Bestari 2012 telah diadakan pada :
19 Mei 2012 (sabtu)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 t/hari
Tempat: Makmal Komputer

Sambutan Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru pada tahun ini di sambut dengan sederhana tetapi tetap meriah.  Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti rebut kerusi dengan lagu, sukeneka, persembahan murid 'action song; dan banyak lagi. Murid-murid juga menjamu selera dengan  hidangan istemewa KFC. Upacara memotong kek sempena hari guru yang telah disumbangkan oleh Puteri UMNO bahagian sangat dihargai.SELAMAT HARI GURU.
'GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRASFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'


Pertandingan Merentas Desa

Tarikh : 15 Mei 2012 (selasa)
Masa: 3.00 petang hingga 5.00 petang
Pertandingan pada tahun ini melibatkan perubahan trek laluan merentas desa bagi murid-murid.Tahniah diucapkan kepada para penyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing.Majulah sukan untuk negara.

Isnin, Mei 14

Ujian Saringan Khas LINUS Tahun 2 2012

Semua murid tahun 2 akan menduduki Ujian Saringan Khas LINUS 2012.
Diharap semua murid dapat menjawab soalan dengan betul.

Tarikh: 14 Mei 2012 (Isnin)

Tempat Kelas Tahun 2

Guru Bertugas Minggu Ke-19 (14 Mei 2012 hingga 18 Mei 2012)

En. Azmi Bin Abdul Aziz
Tema Minggu ke-19:Memelihara Harta Sekolah

Peperiksaan Setengah Tahun 2012

Kepada semua murid SK Kemuning didoakan  dapat menjalani peperiksaan dengan jayanya. Selamat Menjawab soalan dan Selamat Maju Jaya

Tarikh: 7 Mei 2012 sehingga 11 Mei 2012


Guru Bertugas Minggu Ke-18 ( 7 Mei 2012 hingga 11 Mei 2012)

Ustazah Asnah Bt Abdul Rahim
Tema Minggu ke 18: Menepati Janji

Rabu, Mei 9

Pertandingan Action Song Peringkat Daerah Alor Gajah

Tahniah SK Kemuning yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan ini. Pertandingan ini telah diadakan di :
Tarikh: 3 Mei 2012 (Khamis)
Tempat: SJKC Marchap Baru
Masa: 2.00 petang
Pasukan ini telah terpilih mewakili daerah Alor Gajah ke pertandingan peringkat negeri yang diadakan pada 19 Mei 2012 ini. Selamat Maju Jaya.