Kata Aluan

SELAMAT DATANG KE BLOG SK KEMUNING


Ahad, April 29

Cuti Hari Pekerja

Selamat Bercuti Kepada Warga SK Kemuning sempena Hari Pekerja yang jatuh pada
1 Mei 2012 ( Rabu)

LADAP Kali Ke-2

Tarikh : 28 April 2012 (Sabtu)
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kemuning



Khamis, April 19

CUTI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Selamat Bercuti kepada Warga SK Kemuning
pada 16 April 2012 (Isnin) 
bersempena pengistiharan negeri Melaka sebagai bandaraya bersejarah.

Guru Bertugas Minggu Ke-15 ( 17 April 2012 hingga 20 April 2012)

Pn. Suzieyana Bt Abu Kasim
Tema Minggu Ke-15 :Bertolenrasi

Majlis Perpisahan Guru Pelatih

Tarikh: 12 April 2012 (Khamis)
Tempat: Bilik Seni SK Kemuning
Masa: 1.35 petang
Kami warga SK Kemuning mengucapkan selamat maju jaya kepada guru pelatih dari IPGM Melaka iaitu Pn. Norashikin & Cik Norhana serta Cik Afifah & Cik Afzanabila guru peltih dari OUM di Pra sekolah SK Kemuning kerana berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu dan 7 minggu.
 Selamat Maju Jaya.




 

Khamis, April 12

CUTI PERTABALAN YDP AGONG KE-14

Sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, cuti umum seluruh negara telah diistiharkan pada 11 April 2012 (Rabu). 
Daulat Tuanku.


Isnin, April 9

Guru Bertugas Minggu Ke-14 ( 9 April 2012 hingga 13 April 2012)

Pn. Saflina Bt Sepian
Tema Minggu Ke-14: Bersikap jujur dan amanah

Lawatan Ke Planetarium Negeri Melaka

Tarikh: 7 April 2012 ( sabtu)
Masa: 2.45 petang


Pertandingan Mendeklamasikan Sajak

Bertempat di Pasaraya Mydin pada 7 April 2012 (Sabtu), Pertandingan Mendeklamasi Sajak telah berlangsung dengan meriahnya. Walaupun peserta kita Nur Ain Izatie Bt Mohd Ali hanya mendapat hadiah saguhati, tetapi warga SK Kemuning berbangga dengan kejayaan beliau yang mewakili Alor Gajah ke peringkat akhir. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.


Tahniah SK Kemuning

Pasukan Senamrobik SK Kemuning telah menjaya merangkul tempat ke-2 pada Pertandingan Senamrobik di Karnival Pendidikan Melaka yang dijalankan di MITC Melaka pada 7 April 2012 (Sabtu). Syabas diucapkan kepada pasukan dan jurulatih Cikgu Saflina dan Pengurus Pasukan Cikgu Rozila. Moga pasukan ini akan terus mantap dan kejayaan pasti milik kita semua. Tahniah. SK Kemuning BOLEH!!!!!!!!



Perlawanan Persahabatan Bola Jaring

Tarikh: 3 April 2012 ( Selasa)
Tempat: SK Hutan Percha
Masa: 4.00 petang

Perlawanan persahabatan ini telah diadakan dengan dua pasukan iaitu pasukan daripada SK Hutan Percha dan SK Simpang Empat.

Selasa, April 3

Guru Bertugas Minggu Ke-13 ( 2 April 2012 hingga 6 April 2012)

Pn. Rozila Bt Husin
Tema Minggu Ke-13: Berjimat Cermat/ Mari Menabung

Pertandingan Hafazal Al-Quran

Tarikh : 27 Mac 2012 ( Selasa )
Tempat : SK Ayer Pa'abas, Alor Gajah Melaka
SK Kemuning telah menghantar wakil dalam pertandingan tersebut. Semoga Maju  Jaya.

Ucapan Tahziah


Warga SK Kemuning mengucapkan tahziah kepada keluarga Cikgu Munaliza Bt Ibrahim kerana kembalinya ke rahmatulallah anak dalam kandungannya pada 26 Mac 2012 (Isnin) bersamaan 3 Jamadilawal 1433.
Al-fatihah.

Guru Bertugas Minggu Ke-12 ( 26 Mac 2012 hingga 30 Mac 2012)

Ustazah Norazila Bt Mohammad Nor
Tema Minggu Ke-12: Muhasabah Diri

Tahniah adik Nur Ain Izatie Bt Mohd Ali

Tahniah diucapkan kepada wakil SK Kemuning yang telah memenangi tempat pertama pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat daerah Alor Gajah. Diharapkan agar usaha mewakili Alor Gajah ke peringkat negeri Melaka akan membuahkan hasil. Pertandingan telah di adakan pada;
Tarikh : 20 mac 2012 ( Selasa )
Tempat : SK Brisu
Masa: 2.30 petang
Syabas Nur Ain Izatie Bt Mohd Ali tahun 5 Kesidang.SK Kemuning BOLEH!!

Pertandingan Nyayian Solo Peringkat Daerah Alor Gajah

Tarikh: 20 Mac 2012 ( Selasa )
Masa : 2.30 petang
Tempat : SK Dato' Naning, Alor Gajah, Melaka
Walaupun peserta SK Kemuning yang diwakili oleh Arisya Bt Azley tahun 5 Kesidang memenangi tempat ke-4 tetapi syabas diucapkan dengan komitmen yang diberi. Tahun depan boleh cuba lagi.

Guru Bertugas Minggu Ke-11 ( 19 Mac 2012 hingga 23 Mac 2012)

Ustaz Kamaruddin @ Tarmizi B. Aji
Tema Minggu ke-11: Tekun Belajar

Selamat Bercuti

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2012
10 MAC 2012 HINGGA 18 MAC 2012
Selamat bercuti kepada semua warga SK Kemuning. Jangan lupa mengulangkaji pelajaran di rumah kepada murid-murid. Murid tahun 6 jangan lupa kelas tambahan yang diadakan.

Tahniah SK Kemuning! Moga Terus Maju

Ucapan Tahniah SK Kemuning di atas penganugerahan tertinggi peringkat kebangsaan apabila terpilih sebagai sekolah yang menerima Bai'ah pada tahun 2011. Berita gembira ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Musa B. Mohd Som selaku guru besar setelah menerima faks pengesahan bahawa SK Kemuning telah berjaya menerima pengiktirafan yang di berikan oleh kerajaan. Usaha ini adalah berkat usahasama semua warga SK Kemuning khususnya yang berterusan memberi komitmen yang tinggi dalam usaha meningkatkan prestasi SK Kemuning. Syabas SK Kemuning.

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah

Tarikh: 8 Mac 2012 (Khamis)
Tempat: SK Kemuning
Program khidmat bantu ini telah dijalankan dengan kerjasama pihak BTPN Melaka dan PKG Ganun.
 Pegawai-pegawai yang datang ke sekolah telah memberi pelbagai cadangan yang membina bagi mengemaskini pusat sumber SK Kemuning. Pusat sumber sekolah terdiri daripada perpustakaan, bilik tayang, bilik BBM, makmal komputer sekolah dan Program NILAM. Di harap program sebegini dapat lagi di jalankan di tahun-tahun yang akan datang.Terima kasih atas kehadiran pegawa-pegawai ini yang banyak membantu.


Ujian Prestasi 1

Tarikh : 7 Mac 2012 hingga 9 Mac 2012
Ujian ini hanya melibatkan murid-murid tahun 3 hingga tahun 6 sahaja.
Di harap semua murid- murid dapat menduduki ujian ini dengan bersungguh-sungguh dan berjaya menjawab soalan dengan jayanya.

Pelancaran Program Mento Mentee 2012

Tarikh: 5 Mac 2012 ( Isnin )
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Kemuning
Masa : 8.15 pagi
Perasmi : Tuan Haji Musa B. Mohd Som (Guru Besar)





Pelancaran Program Guru Penyayang

Tarikh: 5 Mac 2012 (Isnin)
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Kemuning
Masa: 8.00 pagi
Perasmi: Tuan Haji Musa B. Mohd Som (Guru Besar)



Majlis Pelantikan Briget Bestari Sekolah 2012

Tarikh: 5 Mac 2012 (Isnin)
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Kemuning
Masa: 7.45 pagi
Perasmi : Tuan Haji Musa B. Mohd Som (Guru Besar)
Tahniah diucapkan kepada briget bestari yang terpilih pada tahun ini. Semoga dapat mejalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas.