Kata Aluan

SELAMAT DATANG KE BLOG SK KEMUNING


Jumaat, Mac 30

Ucapan Tahziah


Warga SK Kemuning mengucapkan tahziah kepada keluarga Cikgu Fauziah Bt Mohamed Nor kerana kembalinya ke rahmatulallah ayahanda tercinta akibat serangan sakit jantung pada 24 Feb 2012 (Jumaat) bersamaan 2 Rabiulakhir 1433 yang lalu. Allahyarham telah disemadikan di kampung halamannya di Tanjung Malim, Perak.
Al- Fatihah

Isnin, Mac 19

Guru Bertugas Minggu Ke-10 ( 5 Mac 2012 hingga 9 Mac 2012)

Cik. Norhana Bt Md Ali
Tema Minggu Ke-10: Hindari Kerja Bertangguh

Guru Bertugas Minggu Ke-9 (27 Feb 2012 hingga 2 Mac 2012)

Pn. Kamariah Bt Kaab
Tema Minggu Ke-9: Bekerjasama

Mesyuarat Unit ICT & Taklimat Guru Penyayang

Tarikh: 27 Feb 2012
Masa: 1.35 petang
Tempat: Bilik Mensyuarat
Pengerusi: Tuan Haji. Musa B. Mohd Som (Guru Besar)

Kem Bestari Solat (KBS) 2

Tarikh : 24 Feb 2012 Jumaat (Sesi Pertama)
Masa : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat : SK Kemuning

Tarikh : 25 Feb 2012 Sabtu (Sesi Kedua)
Masa: 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: SK Kemuning


Mesyuarat Agong PIBG 2012

Tarikh: 23 Feb 2012 (Khamis)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Seni SK Kemuning
Perasmi: Lai Meng Chong (Adun Machap)

Majlis Program NILAM Dan Pelantikan Pengawas Perpustakaan 2011

Tarikh : 20 Mac 2012 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Bilik Muzik
Perasmi: En. Shuhaini (Wakil BTPN Melaka)





Rabu, Mac 14

Selamat Datang

Warga SK Kemuning mengalu-alukan kedatangan guru pelatih daripada MMU Kolej Yayasan Melaka ke Pra sekolah Sk Kemuning. Latihan selama 7 minggu di sini bermula 20 Feb 2012 (Isnin) dapat memberi pengalaman baru kepada guru-guru pelatih ini. Selamat datang kepada Cik.Nor Afzanabila Bt Atan dan Cik. Ariffah Bt Mhd Ariff.
 Cik Nor Afzanabila Bt Atan
Cik. Affifah Bt Mhd Arif

Selamat Datang

Warga SK Kemuning mengalu-alukan kedatangan guru pelatih J-Qaf ke SK Kemuning. Guru pelatih ini daripada IPGM Temenggong Ibrahim, Johor. Selamat Datang kepada Cik Norhana Bt Md Ali pada 20 Feb 2012 yang lalu. Diharap dapat menjalani latihan di SK Kemuning dengan jayanya.
Cik. Norhana Bt Md Ali

Guru Bertugas Minggu Ke-8 (20 Feb 2012 hingga 24 Feb 2012)

Pn. Munaliza Bt Ibrahim
Tema Minggu Ke-8:Keselamatan Di Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul

SK Kemuning telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada:
Tarikh : 17 Feb 2012 (Jumaat)
Tempat: SK Kemuning






Majlis turut menjemput penceramah untuk menyampaikan ceramah khas sempena Maulidur Rasul .

Guru Bertugas Minggu Ke-7 (13 Feb 2012 hingga 17 Feb 2012)

Pn. Fauziah Bt Mohammed Nor
Tema Minggu Ke-7: Kepentingan Ko-Kurikulum

Kem Bestari Solat Fasa 1

Tarikh : 10 Feb 2012 (Jumaat)
Masa: 2.00 petang
Tempat : SK Kemuning

Majlis Perpisahan

Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 10 Feb 2012 (Jumaat). Warga SK Kemuning mengucapkan selamat maju jaya kepada Cik Jamiah Bt Ma'alip yang telah berkhidmat di SK Kemuning semenjak Dis 1991 lagi.Beliau telah meneruskan khidmatnya di SK Alor Gajah 1 bermula 26 Jan 2012 yang lalu. Majlis turut meraikan perpindahan En. Rashid B. Sebot ke SJKT Ladang Tebong.Budimu di kenang.

Mesyuarat Kelab Staff, NILAM, Maulidur Rasul

Tarikh : 9 Feb 2012 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kemuning
Masa: 1.35 pagi

Selamat Datang

 Cik. Nurul Farhana Bt Abd Manan
Pn.Norashiqin Bt Ahmad Zaki

Warga SK Kemuning mengucapkan selamat datang kepada guru pelatih yang menjalani latihan praktikum di sekolah ini. Pelatih dari IPGM Perempuan Melayu Melaka ini telah melaporkan diri pada 30 Jan 2012 yang lalu. Selamat berpraktikum diucapkan kepada guru-guru pelatih ini.

Guru Bertugas Minggu Ke-6 (7 Feb 2012 hingga 10 Feb 2012)

En. Azmi B. Abdul Aziz
Tema Minggu Ke-6: Hormat Menghormati

CUTI MAULIDUR RASUL

Selamat Bercuti kepada warga SK Kemuning pada :
6 Februari 2012 (Isnin)
Moga hari kelahiran Nabi Muhammad S.W.A ini memberi kita pengorbanan baginda terhadap umat Islam.

Selasa, Mac 13

Kejohanan Badminton Daerah Alor Gajah

Tarikh: 1 April hingga 2 April 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SJKC Sin Wah, Durian Tunggal, Melaka.

Antara barisan urusetia kejohanan 
 
Kejohanan telah diadakan selama 2 hari berturut-turut.Permainan diadakan secara kalah keluar bagi setiap pasukan. SK Kemuning diberi tanggungjawab untuk mengelola kejohanan pada tahun ini. Majlis penutupan telah dihadiri oleh Pengawai Unit Sukan PPD Alor Gajah, En Marsit B Jonid. Pasukan kita pada tahun ini berjaya mencapai ke pusingan kedua. Diharap agar murid-murid SK Kemuning pada suatu masa nanti boleh mengenggam kejuaran. SK Kemuning boleh!!

Kehadiran Wakil Jemaah Nazir KPM Untuk Pencalonan Penerimaan Bai'ah

Penerangan Guru Besar tentang pentadbiran dan pengurusan sekolah sepanjang tahun 2011.
Taklimat dan penerangan berkenaan kriteria yang akan di nilai sepanjang pemantauan dibuat.
Wakil jemaah nazir yang datang terdiri daripada:
Ketua Pemantau :Tn Hj Yusuf B. Hassan (Nazir Johor)
Pemantau 1: En. Yazid B.Jali (Nazir Melaka)
Pemantau 2: Pn. Rozilah BtMohd Arif (Nazir KPM)
Kehadiran pasukan pemantau pada 30 Jan 2012 (Isnin) bertujuan memeriksa sistem pentadbiran dan pengurusan di sekolah. Pemantauan selama sehari ini diadakan dengan  kaedah yang telah ditetapkan iaitu:
1. Penelitian dokumen
2. Pencerapan guru mengajar terutama guru besar
3. Pemerhatian langsung
4. Mengadakan temubual cth, guru-guru dan murid-murid
Semoga SK Kemuning terpilih.Insyaalah.

Guru Bertugas Minggu Ke-5 (30 Jan 2012 hingga 3 Feb 2012)

Pn. Asnah Bt Abdul Rahim
Tema Minggu Ke-5: Kebaikan Membaca

Gotong Royang Sekolah

Tarikh: 23 Jan 2012 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: SK Kemuning
Satu aktiviti gotong royong telah diadakan dengan kerjasama PIBG sekolah. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membuat kepungan di tangki air sekolah yang telah uzur.

Guru Bertugas Minggu Ke-4 (25 Jan 2012 hingga 27 Jan 2012)

Cik. Ramziah Bt Zulkifli
Tema Minggu ke-4: Bertanggungjawab

Mesyuarat Pengurusan

Tarikh: 26 Jan 2012 (Khamis)
Masa: 1.35 ptg
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Kemuning
Pengerusi: Tuan Haji Musa B. Mohd Som (Guru Besar)
Mesyuarat diadakan bertujuan untuk menerangkan penilaian-penilaian yang akan dibuat untuk menilai kemampuan sekolah dalam pemilihan penerimaan Bai'ah yang akan di pantau oleh wakil-wakil Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah.

CUTI TAHUN BARU CINA

Selamat bercuti kepada warga SK Kemuning pada :
23 Jan 2012 hingga 24 Jan 2012
bersempena Sambutan Tahun Baru Cina (Tahun Naga)

Mesyuarat Kejohanan Badminton Daerah Alor Gajah

Tarikh: 19 Jan 2012 (Selasa)
Masa: 3.00 ptg
Tempat: Bilik Seni SK Kemuning

Pada tahun ini, SK Kemuning telah dipilih sebagai sekolah pengelola Kejohanan Badminton Daerah Alor Gajah, Melaka. Kejohanan akan diaadakan pada 1 April hingga 2 April 2012 bertempat di Dewan SJKC Sin Wah, Durian Tunggal, Melaka. Taklimat telah diberi oleh wakil unit sukan PPD Alor Gajah, Melaka. Diharap sekolah-sekolah yang menghantar wakil dapat membuat persiapan yang sebaik mungkin.

Mesyuarat Kelab Staf Sk Kemuning

Tarikh: 19 Jan 2012 (Khamis)
Masa: 2.00 ptg
Tempat: Bilik Guru SK Kemuning
Hasil daripada mesyuarat yang telah dibuat, keputusan mesyuarat telah memutuskan untuk melantik Ustaz Kamaruddin @ Tarmizi B. Aji sebagai pengerusi kelab staff yang baru. AJK baru adalah seperti di bawah.
Penaung: Tuan Haji Musa B. Mohd Som (Guru Besar)
Pengerusi: Ustaz Kamaruddin @ Tarmizi B. Aji
Setiausaha : Pn. Kamariah Bt Kaab
Bendahari : Pn Rozila Bt Husin
AJK: Pn, Saflina Bt Sepian, Pn. Shana Bt Mohd Nor, Pn Suzieyana Bt Abu Kasim dan Cik Ramziah Bt Zulkifli
Diharap agar ahli-ahli baru yang telah dilantik dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan dapat menunjukkan kelainan dari tahun-tahun yang lepas. Selamat maju jaya.

Lantikan Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2012



Majlis pelantikan telah diadakan pada 17 Jan 2012 bertempat di Dataran Perhimpunan SK Kemuning. Majlis telah dirasmikan oleh wakil Balai Polis Gadek Di harap murid-murid yang telah di lantik dapat menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas. Tahniah diucapkan.

Kehadiran Warga KPM Projek Rintis Peningkatan Profesional Guru

Bertempat di bilik mesyuarat Sk Kemuning, 3 orang warga KPM dan seorang pegawai perhubungan PPD Alor Gajah telah berkunjung ke sekolah. Kunjungan ini bertujuan untuk mendapat maklumat dan kajian rintis berkenaan dengan bebanan guru di sekolah




Guru Bertugas Minggu Ke-3 (16 Jan 2012 hingga 20 Jan 2012)

Pn. Shana Bt Mohd Nor 
Tema Minggu Ke-3: Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Diri

Tahniah SK Kemuning

Sk kemuning telah dicalonkan antara sekolah yang menerima ganjaran Bai'ah pada tahun 2011. Ini berdasarkan kepada lonjakan prestasi keputusan UPSR 2011 yang lalu.. Di harapkan agar SK Kemuning terpilih di antara 6 buah sekolah di daerah Alor Gajah dan 18 buah yang tercalon di negeri Melaka. Bersedialah warga SK Kemuning yang akan menerima kunjungan wakil KPM ke sekolah kita pada bila-bila masa bermula Jan 2012 hingga Feb 2012. Semestinya SK Kemuning BOLEH!!!

LADAP Pertama 2012

Tempat: Bilik Mesyuarat SK Kemuning
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Kehadiran: Semua guru dan staff SK Kemuning

Guru Bertugas Minggu Ke-2 (9 Jan 2012 hingga 13 Jan 2012)

Pn. Suzieyana Bt Abu Kasim
Tema Minggu Ke-2: Disiplin dan Peraturan Sekolah

Selamat Datang Warga Baru 2012 SK Kemuning

Warga Sk Kemuning mengalu-alukan kedatangan guru baru iaitu Ustaz Kamaruddin @ Tarmizi B. Aji. Beliau sebelum ini bertugas di SK Dato' Naning, Alor Gajah, Melaka. Dengan kehadiran beliau dapat memantapkan lagi barisan guru-guru Sk Kemuning pada tahun ini. Selamat bertugas.

Guru Bertugas Minggu Pertama 2012 (4 Jan 2012 hingga 6 Jan 2012)

Pn. Saflina Bt Sepian
Tema Minggu Pertama: Ucapan Bertatatusila

SELAMAT DATANG 2012

Selamat bertemu kembali warga Sk Kemuning. Di harapkan tahun 2012 memberi harapan dan sinar baru untuk sk kemuning mengorak langkah menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.. Sesuai dengan tema 'MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN SEKOLAH DIUTAMAKAN'. SK Kemuning boleh!

Khamis, Mac 8

Selamat bertemu lagi 2012

Salam kepada pembaca blog semua.Hai sudah lama tidak bertemu.Maaf di pinta kerana kesibukan kerja-kerja seharian membataskan saya untuk memberi info terbaru sk kemuning. Di harap cuti sekolah yang bakal tiba ini, memberi saya ruang untuk menulis kembali di ruangan ini.Selamat bercuti semua.