Kata Aluan

SELAMAT DATANG KE BLOG SK KEMUNING


Khamis, Mei 19

Sambutan Hari Guru 2011-Guru Penjana Transformasi Negara

 







16 Mei 2011
Sekitar sambutan hari guru

Guru Bertugas Minggu Ke-19

Pn Norazila Bt Mohamad Nor
(16 Mei 2011 hingga 20 Mei 2011)

Kem Bestari Solat Fasa 2/2011

 


13 Mei -14 Mei 2011
Kem Bestari Fasa 2 telah diadakan dengan jayanya di sekolah. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga tahun 4. Diharapkan dengan kem ini dapat memantapkan lagi ilmu kemahiran murid dalam mengerjakan solat.

Pertandingan Mewarna PPDa- Sk Tanjung Minyak

 

 30 April 2011- Wakil sekolah kita Muhammad Taufik B. Henra berjaya membawa pulang hadiah saguhati tempat ke-10 dalam pertandingan mewarna sempena minggu PPDa yang telah dianjurkan di Sk Tanjung Minyak, Melaka. Tahniah diucapkan.

Rabu, Mei 11

Guru Bertugas Minggu Ke-18

Pn.Munaliza Bt Ibrahim
(9 Mei 2011- 13 Mei 2011)

Pertandingan Senamrobik Peringkat Negeri Melaka

 

 
7 Mei 2011
Syaaabaas.......dan Tahniah diucapkan kepada pasukan senamrobik SK Kemuning yang berjaya memenangi Naib Johan pada tahun ini. Ini merupakan penyertaan kali pertama SK Kemuning dalam acara ini. Di harap agar pasukan ini dapat mewakili negeri Melaka pada masa akan datang. Tahniah juga diucapkan kepada pengurus pasukan Pn Rozila Husin dan jurulatih Pn Saflina Sepian yang bertungkus lumus untuk melatih.
SK Kemuning BOLEH!

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Peringkat Negeri Melaka Di MITC

 5 Mei 2011
Pertandingan Mendeklamasikan Sajak pada tahun ini telah mencatatkan sejarah apabila wakil sekolah kita telah terpilih ke peringkat negeri Melaka. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut, adik Nur Ain Izatie telah menunjukkan bahawa SK Kemuning juga boleh bersaing dan di harap boleh membuktikan bahawa SK Kemuning BOLEH!!!!

Lawatan Ke Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2011 & Taman Buaya

 



5 Mei 2011
Pihak sekolah telah di jemput untuk memeriahkan Karnival Pendidikan Negeri Melaka pada tahun ini. Murid-murid yang terlibat menyertai rombongan pada kali ini di harap dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan berkenaan pendidikan.

Selasa, Mei 3

Guru Bertugas Minggu ke-17

Pn. Kamariah Bt Kaab
(3 Mei-6 Mei 2011)

Majlis Perpisahan Guru Pelatih-IPGM Melaka

 

 







30 April 2011
Satu majlis diadakan untuk meraikan perpisahan kepada guru pelatih yang telah tamat tempoh praktikum di sekolah ini. Didoakan agar guru pelatih Cik Esmayanti & Cik Norhasyimah maju jaya dalam bidang perguruan kelak.

Mesyuarat Agung PIBG kali Pertama-2011

 
Antara ibu bapa yang hadir.
 Perasmi wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah
untuk merasmikan mesyuarat pada kali ini.



Persembahan oleh wakil murid yang menyertai pertandingan sajak peringkat negeri.
28 April 2011