Kata Aluan

SELAMAT DATANG KE BLOG SK KEMUNING


Isnin, Jun 27

Sukan Tahunan Sekolah-16 Jun 2011

Tahniah diucapkan kepada rumah Hang Tuah (Merah) kerana berjaya memenangi Sukan Tahunan 2011.
Terima kasih diucapkan kepada para penaja hamper-hamper, PIBG Sk Kemuning, JKKK Kemuning dan semua warga SK Kemuning. Moga bertemu kembali pada tahun hadapan.
 MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA






Tahniah & Syabas diucapkan kepada Olahragawan pada tahun ini iaitu
adik Mohad Hafiz Najmi B. Mohd Kahar (Tahun 5) dan Olahragawati adik Nur Annali Bt Safrial (Tahun 6)

Guru Bertugas Minggu Ke-23

Cik. Ramziah Bt Zulkifli
(27 Jun 2011 hingga 1 Julai 2011)

Isnin, Jun 20

SELAMAT DATANG

Warga SK Kemuning mengucapkan selamat datang kepada Pn. Nor Azizah Bt Sadar Muhammad yang mengantikan Pn. Kamariah Bt Kaab yang cuti bersalin. Diharap agar cikgu dapat menabur bakti kepada murid-murid  SK Kemuning. Selamat bertugas.

Guru Bertugas Minggu-22

Pn. Suzieyana Bt Abu Kasim
(20 Jun 2011 hingga 24 Jun 2011)

Semoga Cepat Sembuh.

Warga SK Kemuning mendoakan dan berharap agar guru kita Pn. Asnah Bt Abd Rahim agar cepat sembuh.
Untuk maklumat semua , Pn Asnah telah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah pada 13 Jun 2011 yang lalu kerana disyaki menghidap demam denggi. 

Sabtu, Jun 18

Tahniah! atas kehadiran orang baru.

25 Mei 2011-Rabu
Tahniah diucapkan kepada Pn. Kamariah Kaab dan keluarga atas kelahiran anak ke-4 bayi perempuan.
 Moga kelahiran ini memberi rezeki dan penyeri atas anugerah yang diberikan oleh Allah SWT .
Warga  Sk Kemuning mengucapkan selamat bercuti dan berpantang.
(Gambar diatas Pn Rozila Husin bersama bayi Pn Kamariah-Nurul Ain Sakinah Bt Muhammad Hamka)

Selasa, Jun 14

SELAMAT KEMBALI MURID-MURID DAN GURU-GURU SK KEMUNING

Selamat kembali warga Kemuning......
cuti panjang selama 2 minggu dapat dimanafaat dengan sebaiknya.
Jangan lupa kepada murid-murid minggu ini kita kembali untuk bersukan.
Sukan tara pada 14 Jun 2011 (Selasa) dan Sukan Sekolah 2011 yang akan diadakan pada
16 Jun 2011 (Khamis).
Majulah Sukan Untuk Negara....
SK Kemuning BOLEH!!!!!!!......

Program Pementoran Ibu Bapa- 2 Jun 2011

 2 Jun 2011 (Khamis)
Ucapan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir ke Program Pementoran Ibu Bapa anjuran PIBG SK Kemuning dan JKK Kemuning. Tahniah diucapkan kepada penceramah kita yang sudi menyampaikan ceramah yang menarik iaitu En. Mohammad Isa Bin Jolan- Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Melaka dan En Sha'ari Bin Bujang-Pegawai Kaunseling PPD Alor Gajah.



Ahad, Jun 12

Guru Bertugas Minggu ke-21

Pn. Saflina Bt Sepian
(13 Jun 2011-17 Jun 2011)

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

 28 MEI 2011 HINGGA 12 JUN 2011
SELAMAT BERCUTI KEPADA WARGA SK KEMUNING
SEMOGA CUTI INI MEMBAWA KEBERKATAN KEPADA SEMUA....
KEPADA MURID-MURID...JANGAN LUPA SIAPKAN TUGASAN YANG TELAH DIBERIKAN OLEH GURU-GURU.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
KEPADA SEMUA MURID-MURID
SK KEMUNING.
DIHARAP DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN JAYANYA
(23 MEI 2011 HINGGA 27 MEI 2011)

Guru Bertugas Minggu ke-20

Pn. Rozila Bt Husin
(23 Mei 2011 -27  Mei 2011)