Kata Aluan

SELAMAT DATANG KE BLOG SK KEMUNING


Selasa, Oktober 11

Marhaban Peringkat Sekolah




Aktiviti ini telah dijalankan pada 24 Sept 2011 yang lalu. Terdapat 3 kumpulan telah dibahagikan untuk majlis marhaban ini. Sambutan yang menggalakan daripada ibu bapa dan penduduk Kg Kemuning sendiri menjadikan aktiviti ini acara tahunan sekolah. Selain daripada itu juga, secara tidak langsung mendedahkan murid-murid tentang masyarakat kampung yang berada di sekeliling mereka dan mengeratkan lagi siraturrahim antara pihak sekolah dan masyarakat kampung sendiri.

Guru Bertugas Minggu Ke-34

Cik .Ramziah Bt Zulkifli
(19 Sept 2011 hingga 23 Sept 2011)


Tahniah SK Kemuning.

WARGA SK KEMUNING MENGUCAPKAN TAHNIAH
DIATAS ANUGERAH PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH TERBAIK KATEGORI SEKOLAH KURANG MURID (SKM).
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH TELAH DI ADAKAN PADA 22 SEPTEMBER 2011 DI KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI, TANJUNG BIDARA, MASJID TANAH, MELAKA SEMPENA ANUGERAH Q-BESTARI 2011 PERINGKAT ALOR GAJAH. MAJLIS TELAH DISEMPURNAKAN OLEH
TUAN HAJI MOHAMAD YUSOFF BIN OSMAN 
 PENGARAH PELAJARAN MELAKA.
TAHNIAH SK KEMUNING!.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan & Majlis Sambutan Hari Raya




Majlis ini telah diadakan pada 9 Sept yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK KEMUNING 2011, Pn Saringah.Acara yang meriah dan makanan yang enak telah dihidangkan kepada warga SK Kemuning. Moga acara ini dapat diadakan pada masa-masa akan datang....

Guru Bertugas Minggu Ke-33

Pn. Suzieyana Bt Abu Kasim
(12 Sept 2011 hingga 16 Sept 2011)

SELAMAT HARI RAYA

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA MURID-MURID SK KEMUNING.
TAK LUPA JUGA KEPADA GURU-GURU & STAF. MOGA CAHAYA AIDILFITRI YANG DI SAMBUT DISERIKAN LAGI DENGAN IBADAH YANG BERTERUSAN. KEPADA MURID-MURID JANGAN LUPA BUKU.
TERUTAMANYA KEPADA MURID-MURID TAHUN 6 YANG AKAN MENGAMBIL UPSR
PADA 13 SEPT HINGGA 15 SEPT 2011.
SELAMAT BERCUTI SEMUA...!!!!!
27 OGOS 2011 hingga 4 SEPT 2011 


Guru Bertugas Minggu Ke-32

Pn. Saflina Bt Sepian
(5 Sept 2011 hingga 9 Sept 2011)

Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Kemrdekaan




Majlis ini telah berlangsung dengan meriahnya pada 19 Ogos 2011. Tahniah kepada pemenang. Majlis ini telah diadakan di Bilik Muzik SK Kemuning dengan meriah dengan acara mendeklamasikan sajak oleh murid-murid dan persembahan nyayian pemenang lagu-lagu patriotik.

Pertandingan Nyayian Lagu-lagu Patriotik


Pertandingan nyayian lagu-lagu patriotik ini telah dijalankan pada 15 Ogos 2011 yang lalu. Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bagi murid tahap 1 &2. Tahniah diucapkan kepada pemenang pertandingan ini.

Perasmian Bulan Kemerdekaan Ke-54



Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Ke-54 peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Ogos 2011 dengan jayanya di Dataran Perhimpunan SK Kemuning. Acara gilang gemilang ini telah dilakukan dengan aktiviti menyiapkan bendera besar, pemasangan bendera di kawasan sekolah da acara nyayian lagu-lagu patriotik.

Majlis Khatam Al-Quran SK Kemuning 2011











Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2011 telah dijalankan di Surau SK Kemuning pada 26 Ogos 2011. Majlis ini telah diketuai oleh Cikgu Nor Khalid Bin Musi dan dirasmikan oleh Guru Besar Tuan Haji Musa Bin Mohd Som. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan sekolah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Guru Bertugas Minggu Ke-31

Pn Rozila Bt Husin
(22 Ogos 2011 hingga 26 Ogos 2011)

Guru Bertugas Minggu ke-30

Pn. Norazila Binti Mohamad Nor
(15 Ogos 2011 hingga 19 Ogos 2011)

Khamis, Ogos 18

Guru Bertugas Minggu Ke-29

Pn. Munaliza Bt Ibrahim
(8 Ogos 2011 hingga 12 Ogos 2011) 

Ucapan Tahziah

Warga SK Kemuning mengucapkan tahziah kepada keluarga Ustazah Asnah Bt Abdul Rahim kerana kembalinya ke rahmatulallah anak saudaranya akibat kemalangan jalan raya pada 4 Ogos 2011 khamis bersamaan 4 Ramadhan yang lalu. Anak saudaranya telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Kg Gadek selepas solat Jumaat 5 Ogos 2011.Al-fatihah.

Guru Bertugas Minggu Ke-28

Pn Norazizah Bt Sadar Muhammad
(2 Ogos 2011 hingga 5 Ogos)

Selasa, Ogos 16

Ramadhan Datang Kembali

WARGA SK KEMUNING INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANI IBADAH RAMADHAN KALI INI DENGAN PENUH KESYUKURAN.
SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA.
 JANGAN LUPA MURID-MURID SEMUA TERDAPAT PELBAGAI PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN INI TERMASUK PROGRAM EH-YA RAMDAHAN
 ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM.

Selamat datang kembali....

Warga SK Kemuning sekali lagi mengalu-alukan kembali kedatangan guru-guru praktikum dari IPGM Melayu Melaka untuk menabur bakti selama sebulan bermula
25 Julai 2011 sehingga 19 Ogos 2011.
Ini bertujuan untuk menyiapkan tugasan-tugasan khas mereka. Diharap guru-guru ini, Cik Hasyimah & Cik Esmayanti dapat memberi sumbangan kepada sekolah ini.




Guru Bertugas Minggu ke-27

Pn. Fauziah Bt Mohamed Nor
( 25 Julai 2011 hingga 29 Julai 2011)

Rabu, Julai 20

Guru Bertugas Minggu ke-26

Pn. Asnah Bt Abdul Rahim
(18 Julai 2011 sehingga 22 Julai 2011)

Bulan Kecergasan-Pertandingan Badminton ( 13 Julai 2011)



Harapan agar SK Kemuning satu hari nanti akan melahirkan jaguh-jaguh badminton dunia..HIDUP SK Kemuning

LADAP 4 (Bengkel Mengoptimumkan Penggunaan Dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK Dalam P&P)-16 Julai 2011


Semoga guru-guru dapat menggunakan kemudahan ICT yang telah disediakan dalam P&P seharian seoptimum yang mungkin.


KUIZ ICT-8 Julai 2011


 
Tahniah diucapkan kepada pemenang yang berjaya menjawab soalan kuiz berdasarkan kepada info yang di berikan oleh Briget Bestari setiap hari bermula 5 julai 2011 sehingga 8 julai 2011. Semoga warga SK Kemuning celik ICT.

Larian 1 Sukan, 1 Murid, 1 Malaysia-2 Julai 2011








Majulah sukan untuk MALAYSIA....go Malaysia...SK Kemuning BOLEH!!!!